TELUK INTAN, 26 Mei (Bernama) -- Sokongan pengundi India dijangka meningkat pada pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan Sabtu ini berikutan pelbagai program kerajaan dilaksanakan bagi membantu masyarakat India.
Timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata MIC yakin 60 peratus daripada 11,468 pengundi India akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong.
Dalam Pilihan Raya Umum 2013, hanya 45 peratus daripada pengundi India menyokong BN, katanya kepada pemberita selepas menemui lebih 100 pemimpin MIC tempatan di sini Isnin.
"Sentimen pengundi India adalah baik. Saya rasa beliau (Mah) berpeluang untuk menang," kata Dr Subramaniam. -Bernama
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.