gambar hiasan |
Difahamkan, insiden berlaku apabila mangsa yang baharu selesai berurusan menggunakan mesin di bank berkenaan dalam perjalanan menuju ke keretanya sekitar jam 10 malam.
Menurut sumber, sekumpulan lelaki menggunakan sebuah kereta dikatakan berhenti di tepi mangsa sebelum seorang daripada mereka meragut beg tangan mangsa yang berusia sekitar 50-an itu.
“Suspek bagaimanapun hanya mengambil dompet yang ada di dalam beg tangan mangsa itu sebelum mencampakkan beg tangan tersebut dan terus melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.
Mangsa yang turut mengalami kecederaan bagaimanapun gembira kerana suspek tidak melarikan beg tangannya kerana ia adalah antara koleksi beg tangannya yang paling digemari.
“Selain itu, hanya dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan kad bank sahaja yang ada di dalam dompet yang dilarikan suspek kerana tujuan mangsa ke bank berkenaan hanyalah untuk menyemak baki akaun,” kata sumber.
Mangsa ditemani anaknya itu kemudian hadir membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Simpang Tiga sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan. -utusan borneo
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.