MIRI: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret pagi semalam atas tuduhan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian ibu kandungnya.
Juvana, 17, dari Jalan Riam di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
gambar hiasan |
Berdasarkan pertuduhan kes, juvana terbabit telah dituduh dengan niat melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian ibu kandungnya, Marife Resuello Wong yang merupakan warganegara Filipina.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.15 pagi, 5 April tahun ini di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Datuk Tuah Johari di sini.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan salah direkodkan.
Terdahulu, pegawai pendakwa turut memohon agar ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut memandangkan laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap.
Majistret Tania Arissa Andi Sanrang kemudian menetapkan 7 Julai depan untuk sebutan lanjut kes.
Manakala juvana terbabit diperintahkan supaya ditahan lanjut di Sekolah Tunas Bakti, Kuching sementara menunggu tarikh tersebut. -utusan borneo
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.