Lazada Malaysia

Tujuh Anggota Geng Botak Diberkas Polis

MIRI, 18 Jun (Bernama) -- Polis menahan tujuh anggota Geng Botak termasuk seorang suspek utama yang terlibat dalam kes samun dan cubaan merogol seorang guru serta pelajar tingkatan dua di sini.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata tujuh suspek itu kesemuanya lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 hingga 35 tahun ditahan polis di pelbagai lokasi di sini dalam dua hari lepas.

"Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini, kita yakin dengan tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat diselesaikan" katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Gan berkata, polis turut merampas barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun oleh suspek utama yang berusia 20-an, Isnin lepas. -Bernama


Blog, Updated at: Wednesday, June 18, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG