Lazada Malaysia

Bot Karam Ditemui Di Muara Kuala Langat

KUALA LUMPUR - Bot nelayan membawa 97 pendatang asing tanpa izin yang dilaporkan karam lewat tengah malam tadi telah ditemui di Muara Kuala Langat, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata bot tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Ayer Hitam Pulau Carey menuju ke Aceh.

"Hasil daripada maklumat yang diterima, jenis bot yang karam adalah bot nelayan (pun pun) dan dipercayai seramai lebih kurang 97 orang penumpang berada di atas bot tersebut.

gambar dari sinar harian
"Namun, bot yang karam telah dijumpai di Muara Kuala Langat oleh Seaboat KM Danga. Adalah dipercayai bot berkenaan bertolak dari Kampung Ayer Hitam Pulau Carey menuju ke Aceh," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilaporkan telah menemui dua mayat manakala 37 lagi dikhuatiri masih hilang.

"Gerakan mencari dan menyelamat telah diaktifkan seawal jam 1 pagi di mana Kapal Maritim Danga, Bot Kilat 15 dan Bot Kilat 32 telah dihantar ke lokasi dengan serta merta diketuai Lt Kdr (M) Mohd Hambali Ya'akub.

"Sehingga kini, seramai 60 mangsa telah berjaya diselamatkan dan ditempatkan di Balai Polis Teluk Panglima Garang, dua mayat telah ditemui manakala 37 mangsa lagi dikhuatiri masih hilang," katanya.

Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan melibatkan APMM, Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia, Pasukan Gerakan Marin, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. -sinar harian


Blog, Updated at: Wednesday, June 18, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG