Lazada Malaysia

Detik Cemas Dirompak Lelaki Bersenjatakan Pisau

KUCHING: Seorang eksekutif pemasaran melalui detik mencemaskan apabila dirompak seorang lelaki bersenjatakan pisau dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan sebuah bank di Jalan Chan Bee Kiew Off Jalan Padungan, di sini.

sekadar gambar hiasan
Lelaki berkenaan yang bekerja untuk sebuah butik kesihatan dan kecantikan di Jalan Sekama, di sini memberitahu, dia baharu keluar dari kereta apabila insiden petang semalam itu berlaku.

“Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh yang bersenjatakan pisau menghampiri saya dan mengarahkan saya menyerahkan kesemua wang dan barang berharga atau saya akan dicederakan.

“Bimbang dengan keselamatan diri dan tanpa berfikir panjang, saya pun menyerahkan duit-duit pejabat termasuk duit saya sendiri kepada lelaki tersebut,” katanya ketika ditemui di One Stop Centre, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, semalam.

Mangsa menjelaskan, dia sepatutnya mendepositkan wang syarikat kira-kira RM6,000 apabila kejadian sekitar jam 1 petang itu berlaku.

Dia turut mengalami kerugian RM300 serta kehilangan telefon bimbitnya.

Difahamkan, mangsa juga gagal mencatat nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek untuk melarikan diri bersama seorang lagi rakannya.

Akhbar Utusan Borneo turut melaporkan butik kesihatan dan kecantikan tempat mangsa bekerja mengalami kerugian anggaran RM1.6 juta apabila premis itu di Jalan Sekama di sini dipecah masuk baru-baru ini, namun insiden itu hanya disedari pada Isnin lalu.

Dalam kes berasingan, seorang wanita dalam lingkungan 40-an diragut di sebuah kedai kopi di pusat komersial Premier 101, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa bersama rakan sekerjanya sedang menikmati jamuan tengah hari apabila beg tangannya dilarikan oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh.

Menurut pemilik kedai kopi tersebut, suspek itu sempat membeli air sebelum meragut beg tangan mangsa.

Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan motosikal.

Polis sedang menyiasat. -Utusan Borneo


Blog, Updated at: Tuesday, August 19, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG