Lazada Malaysia

Kebakaran | Enam Rumah Ranap

MIRI: Seramai 22 penduduk Kampung Muhibbah, Kuala Baram tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.

Kebakaran yang berlaku pada kira-kira jam 3.30 pagi melibatkan sebanyak enam buah rumah papan yang didirikan lebih 20 tahun lalu.

Kebanyakan mangsa merupakan pekerja di kilang-kilang papan dan syarikat perkapalan di Kuala Baram.

Menurut salah seorang mangsa, sebelum kejadian, dia terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi bising dari arah rumah jiran.

“Saya terdengar bunyi orang bergaduh, diikuti dengan bunyi barang dilempar.

Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi bising di luar dan apabila saya keluar, saya dapati ada kebakaran tidak jauh dari rumah saya,” katanya.

Menurut mangsa, api yang marak terlalu cepat menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan apa-apa termasuk dokumen dan peralatan lain.

Sementara itu, Menteri Muda Perhubungan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin turut melawat mangsa seterusnya menyampaikan bantuan beras dan keperluan lain daripada Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Miri kepada mangsa. -Utusan Borneo


Blog, Updated at: Sunday, August 17, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG