ALOR SETAR - Sekumpulan nelayan di perairan Kuala Kedah gempar apabila pertama kali berjaya menangkap ikan kerapu harimau gergasi sepanjang 2.1 meter seberat 152 kilogram (kg).
Ikan yang dikenali sebagai ‘loong tan’ dalam kalangan masyarakat Cina ditangkap nelayan Khamis lalu.
Pemborong ikan, Ng Kong Yoong, 37, tidak menyangka akan mendapat hasil tangkapan seperti itu kerana kebiasaannya hanya memperolehi ikan kecil.
“Biasanya ikan yang kami tangkap adalah lebih kecil dan mempunyai berat kurang dari 100 kg. Tetapi, sejak tiga tahun berniaga, inilah kali pertama saya mendapat hasil tangkapan terbesar,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menjual ikan itu kepada sebuah restoran makanan laut di sini dengan harga RM9,120. -Sinar Harian
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.