KUCHING: Seorang lelaki warganegara Brunei tidak sempat menghabiskan acara Kuching Marathon 2014 apabila rebah di Jalan Muhibbah lalu meninggal dunia, pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Fauzilan Abdul Aziz berkata, peserta itu yang dikenal pasti sebagai Abdul Aziz Japar, 54, disahkan mening¬gal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira jam 7 pagi.
“Dia ikut larian 5 KM (kilometer) dan jatuh pengsan di Jalan Muhibbah.
“Mangsa dibawa ambulans bertugas ke HUS. Bagaim¬anapun setibanya di Red Zone HUS, dia disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.
Abdul Aziz bersama beberapa rakannya tiba di Kuching pada Jumaat lepas untuk menyertai acara tersebut.
Rakan mangsa ketika ditemui di HUS berkata, Abdul Aziz aktif dalam acara sedemikian di Brunei, namun ia merupakan julung kali dia menyertai maraton di luar negara.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Fauzilan Abdul Aziz berkata, peserta itu yang dikenal pasti sebagai Abdul Aziz Japar, 54, disahkan mening¬gal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira jam 7 pagi.
“Dia ikut larian 5 KM (kilometer) dan jatuh pengsan di Jalan Muhibbah.
“Mangsa dibawa ambulans bertugas ke HUS. Bagaim¬anapun setibanya di Red Zone HUS, dia disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.
Abdul Aziz bersama beberapa rakannya tiba di Kuching pada Jumaat lepas untuk menyertai acara tersebut.
Punca kematian belum dapat dipastikan, namun ia dipercayai akibat serangan jantung.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Sementara itu, dua peserta lagi turut dimasukkan ke HUS pagi semalam.
Seorang peserta dari Kota Kinabalu dikejarkan ke HUS setelah mengadu sakit dada manakala seorang lagi dari Kenya apabila mengadu sakit di bahagian perut.
Maraton yang julung kali diadakan tahun ini disertai 5,500 pelari daripada 30 negara seperti Singapura, Arab Saudi, Greece, Great Britain, Cameroon, Ethiopia, Kenya, Mexico dan Australia. -Utusan Borneo
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.