Lazada Malaysia

Remaja Dakwa Diraba Kemaluan Ketika Bersiar-siar Di Tapak BCF

sekadar gambar hiasan
SIBU: Seorang remaja pe-rempuan berbangsa Cina mendakwa dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika bersiar-siar di tapak Pesta Kebudayaan Borneo (BCF), baru-baru ini.

Menurut laporan, pengadu yang berumur belasan tahun bersama sepupu lelaki dan seorang rakan perempuan sedang berjalan-jalan di kawasan legar Dataran Bandar Sibu pada jam 10 malam.

Tanpa disedarnya seorang lelaki muncul dari belakang dan meraba kemaluannya.

Terkejut dengan perbuatan tidak bermoral lelaki yangdipercayai berbangsa Cina tersebut, pengadu menjerit tetapi takut untuk berbuat apa-apa.

Bagaimanapun, pengadu serta dua rakannya bertindak mengambil gambar lelaki berkenaan dari belakang.

Namun, tindakan pe-ngadu disedari lelaki tersebut yang berpatah balik untuk mendekati pengadu sekali lagi sebelum merampas dan menghempas telefon bimbitnya.

Lelaki tersebut kemudiannya menuju ke tempat letak motosikal sebelum beredar dari situ.

Pengadu sempat menca-tatkan nombor plat motosikal suspek sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kes tersebut.

Sementara itu dalam kes berasingan, taktik seorang lelaki yang kononnya mencari bilik sewa di sebuah bangunan rumah kedai di Sungai Merah tidak menjadi apabila dia ditahan oleh pemilik kedai kopi yang menyewa bilik-bilik sewa di tingkat atas.

Dalam kejadian sekitar 10 pagi, salah seorang pekerja pengadu, 30-an, memberitahunya bahawa ada seorang lelaki tidak dikenali telah naik ke tingkat atas bangunan yang disewanya.

Pengadu yang bimbang ada orang berniat menyelinap masuk ke bilik sewanya terus membuat pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki berbangsa Iban sedang ber-ada di sebuah bilik sewa pekerjanya.

Setelah disoal pengadu, lelaki terbabit memberitahu dia sedang mencari bilik sewa.

Memandangkan tiada sebarang notis dipamerkan untuk menyewa bilik di situ, pengadu terus bertindak menangkap suspek selepas mencurigai niat tidak baiknya.

Pengadu kemudiannya menghubungi pihak polis yang tiba 10 minit kemudian untuk membawa suspek ke balai polis. -Utusan Borneo


Blog, Updated at: Friday, August 22, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG