SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) menegaskan peraturan mengenai lampu kereta dan larangan pemasangan lampu aksesori pada kenderaan bukan peraturan baharu seperti yang diuar-uarkan dalam laman sosial.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam JPJ Negeri Sarawak, Rogie Saui peraturan tersebut sudah termaktub di dalam Akta Pengangkutan Jalan yang berkuat kuasa.
“Peraturan yang sedia ada memang tidak membenarkan pemilik kenderaan untuk memasang lampu aksesori pada kenderaan mereka dan pada masa sekarang penguatkuasaan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.
Sehubungan itu, jelasnya, mulai 1 Oktober nanti, JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang memasang lampu aksesori pada kenderaan mereka. Katanya, beliau sering ditanya mengenai jenis lampu aksesori yang tidak dibenarkan dipasang pada kenderaan.
“Terdapat pelbagai jenis lampu aksesori dalam kereta yang berwarna-warni dilarang pemasangannya kerana boleh menggugat konsentrasi pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain,” jelas Rogie.
Justeru, beliau menasihati pengguna jalan raya yang memasang lampu aksesori pada kenderaan mereka supaya segera menanggalkan lampu-lampu yang tidak dibenarkan sebelum dikenakan tindakan oleh JPJ kelak. -Utusan Borneo
Senyum
6 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.