SYDNEY - Seekor buaya psikik yang diberi nama Harry semalam meramalkan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard akan memenangi pilihan raya paling sengit di Australia, sama dengan ramalan yang dibuat menerusi bancian, penganalisis dan seekor sotong bernama Cassandra.
Harry yang bersaiz lima meter mengambil masa beberapa minit sebelum membaham ayam yang diletakkan dengan gambar Gillard.
Haiwan itu langsung tidak memakan daging ayam yang mewakili ketua pembangkang, Tony Abbott, saingan Gillard pada pilihan raya umum 21 Ogos ini.
"Harry datang, mengangkat kepalanya dan terus memilih Gillard sebagaimana yang anda mahukan. Jadi, kami fikir ia memilih si rambut merah (Gillard) yang akan menang dalam pilihan raya kali ini," kata penjaga Harry di Crocosaurus Cove di Darwin, Nigel Palmer.
Gillard boleh berasa lega ekoran ramalan itu kerana Harry sebelum ini pernah meramal dengan tepat mengenai kemenangan pasukan bola sepak Sepanyol yang menewaskan Belanda pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pada Julai lalu.
Harry yang seberat 750 kilogram kini berusia 40 tahun dan memiliki tingkah laku agresif. - AFP
sumber: kosmo
Artical yang menarik..!!
ReplyDeleteseorang pemimpin boleh diramal oleh seekor buaya..di Sarawak pun ada buaya yang lebih besar dari tu 'bujang senang'nama nya tapi nya bukan bomoh..mungkin jika kita tanya ramalan dengan nya serta dengan kita-kita dibahamnya..:).
selamat bersahur pengumpul blog.
Hik...jadi habuan bujang senang le jawab nye kalau kita tanya dengan si buaya sarawak.
ReplyDeletesalam hangat sahabat,, ayo jalan2 di saya untuk melihat masjid dari sabang sampe merauke
ReplyDeletehebat betul buaya tu, semoga buaya-buaya lain juga akan mencontohi...hehe
ReplyDelete