Lazada Malaysia

Pilihan raya kecil DUN Kerdau : Pengundi pos menunaikan tanggungjawab masing-masing

TEMERLOH:Seramai 50 pengundi pos menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, hari ini.

Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman, berkata daripada jumlah itu, seramai 36 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengundi di Bangunan Majlis Perbandaran Temerloh bermula jam 11 pagi dan tamat pada jam 5 petang.
Katanya, seramai 14 anggota polis pula menunaikan tanggungjawab mereka di Balai Polis Kerdau, di sini bermula jam 3 petang hinggga 5 petang.
"Proses undian secara pos berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

"Semua kertas undi pos di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dan akan dibuka pada 6 Mac ini jam 5 petang," katanya.


Blog, Updated at: Thursday, March 03, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG