Lazada Malaysia

Anggota Kumpulan Band 'Padi' Yoyo, Ditahan Polis

JAKARTA: Yoyo, anggota kumpulan band 'Padi' dan bekas suami penyanyi popular Indonesia Rossa, ditahan polis di kediamannya di pangsapuri Sudirman Park, di sini awal semalam kerana disyaki menyalah guna dadah.
Jurucakap polis Bahagian Anti Narkotik berkata, pemain drum kumpulan Padi itu ditangkap setelah polis mengawasi gerak gerinya selama tiga hari.
Syabu seberat 0.5gm serta beberapa alat menghisap syabu telah dirampas dari kediaman Yoyo dalam serbuan antara 2 dan 3 pagi itu.
Yoyo atau nama sebenarnya, Surendro Prasetyo merupakan salah seorang daripada 12 artis popular Indonesia yang sedang dalam perhatian polis kerana disyaki mengambil dadah jenis syabu, kata jurucakap itu.

Beliau berkata Yoyo pernah mengaku menjadi pengguna dadah jenis heroin 10 tahun lalu dan mula menggunakan syabu sejak lima bulan terakhir.

Polis sedang memburu seorang suspek yang dipercayai membekalkan syabu kepada sejumlah artis yang tinggal di beberapa apartmen di Jakarta. - BERNAMA


Blog, Updated at: Monday, February 28, 2011

2 comments:

  1. x bape kenal group padi tu.. huu

    ReplyDelete
  2. kalau dah terjebak dgn dadah susah nak lepas.

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG