Lazada Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Hadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Di Kuching, Isnin

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan lawatan kerja sehari di sini pada Isnin dengan menghadiri sambutan Hari Guru 2011 peringkat kebangsaan.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dijadual melancarkan sambutan itu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) dan dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik.
Menurut atur cara yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran, pada majlis berkenaan juga beliau dijadual menyampaikan Anugerah Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan peringkat kebangsaan.
Ini disusuli dengan lawatan ke tapak pameran festival Hari Guru 2011 di Tebingan Sungai Kuching Square Putra di sini sebelum beliau berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Pada masa kini terdapat 43,000 guru yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh Sarawak. - BERNAMA


Blog, Updated at: Sunday, May 15, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG