Lazada Malaysia

Kemalangan | 3 beranak berakhir dengan tragedi Selepas beli baju raya

KEMAMANSepasang suami isteri dan anak tunggal mereka terbunuh dalam satu kemalangan malam tadi di km 127 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan Resort Awana Kijal di sini selepas membeli baju raya di Kuantan.
Mereka yang terbunuh dikenali Nik Herna Mokhtar, 28, suaminya Mohd Aswari Ariffin, 36 dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4 tahun.

Nik Nor Syafiqah, 10, adik Nik Herna dan pemandu sebuah lagi kereta, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 30-an, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Abdullah Sani Salat berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu Mohd Aswari terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Ahmad Tajuddin.

"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik. Kereta mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum berpusing dan bertembung dengan sebuah kereta lain," katanya.
Menurut seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Naim, dia terkejut apabila ternampak sebuah kereta terbalik namun tiada suara meminta tolong didengari.

"Selepas diperiksa saya nampak seorang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak terhimpit di bahagian depan kereta dan sudah meninggal dunia. Seorang lagi kanak-kanak yang duduk di bahagian belakang masih bernyawa tapi lemah.

Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, berkata bahawa keadaan Nik Nor Syafiqah yang merupakan anak bongsunya adalah kritikal.

"Waktu sahur kelmarin Nik Herna dan Nik Nor Syafiqah bawa air sejuk untuk saya sebab saya memang tidak bersahur. Mereka tidak pernah berbuat demikian tetapi ketika itu saya tidak berasa apa-apa yang pelik," katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman di sini. - Bernama
 sumber myMetro


Blog, Updated at: Thursday, August 18, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG