Lazada Malaysia

Kemalangan | Wanita Sarat Mengandung Maut

PEKAN: Sambutan lebaran kali ini pasti memilukan bagi seorang pegawai polis apabila isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan, maut selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan merempuh sebuah kereta di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa, Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, seorang jururawat di Hospital Kuala Krai, Kelantan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.
Suami mangsa yang memandu kenderaan, Inspektor Mohd Noor Idham Ali Mat Nor, 27, dari Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan hanya mengalami cedera ringan.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang berkahwin Februari lalu itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah keluarga Mohd Nor Idham di Taman Sri Kluang, Johor dipercayai untuk berbuka puasa dan bercuti.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan.
 


Blog, Updated at: Monday, August 22, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG