Lazada Malaysia

Laman Web FAM berjaya di pulihkan selepas di Godam

KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diceroboh oleh beberapa penggodam tengah malam tadi, berjaya dipulihkan oleh pengendalinya kira-kira jam 3.45 pagi tadi.
Laman berkenaan berjaya dipulihkan selepas ia ditutup selama kira-kira setengah jam.

Terdahulu, laman web berkenaan telah digodam secara `mass deface’ oleh sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai UM'07, pjpb cr3ws, gaysec dan anti-p4sti selepas tengah malam tadi, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pertubuhan itu menetapkan harga tiket sekata RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.
Kumpulan penggodam itu telah meminda lambang persatuan itu serta meletakkan mesej yang menggunakan kata-kata kesat dan mengutuk tindakan FAM pada laman berkenaan.

Harian Metro, yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang peminat Facebook Harian Metro * myMetro dikenali sebagai Muhammad Fahmi, yang melayari laman web FAM (www.fam.org.my) mendapati penggodam terbabit turut memuat naik laporan berita mengenai keputusan FAM yang tidak berganjak berhubung harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan itu.

Selain itu, dua klip video turut dimuatkan di laman web berkenaan yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak dengan latar lagu yang mencaci FAM.

Berita selanjutnya di myMetro


Blog, Updated at: Friday, October 28, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG