Lazada Malaysia

Mayat Hampir Hancur Ditemui Di Pulau Perhentian

KUALA BESUT - Mayat lelaki dewasa yang hampir hancur ditemui nelayan tempatan terapung berhampiran Pulau Lang Tengah dekat Pulau Perhentian kira-kira jam 3.25 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan yang mengesahkan penemuan itu berkata, mayat itu dipercayai warga asing berdasarkan tatu pada badannya.

Katanya, mayat tersebut disahkan bukan mayat daripada tiga nelayan yang sedang dicari terdiri daripada seorang nelayan tempatan dan dua nelayan Thailand yang hilang masing-masing pada 6 November dan 12 November lalu.

"Mangsa dipercayai mati kira-kira seminggu lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mayat kemudian dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke Pangkalan Tok Bali, Kelantan sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar bagi bedah siasat di Hospital Besut di sini hari ini.

Katanya, pengecaman identiti mayat turut dilakukan nelayan Thailand yang selamat dalam kejadian bot karam pada Rabu malam di Besut dan mereka mengesahkan ia bukan dua rakan mereka yang masih hilang di laut itu. - Bernama


Blog, Updated at: Sunday, November 16, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG