Lazada Malaysia

Impian Pesakit Leukemia Tahap Empat Temui Ust Kazim Tercapai

SIBU: Keceriaan jelas terpancar pada wajah Akhi Nurhakim Ramali, 21, pesakit leukemia tahap empat apabila menerima kunjungan Ustaz Kazim Elias di Hospital Sibu di sini, petang semalam.

Kunjungan itu merupakan usaha Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 12 Sibu yang terpanggil untuk menunaikan hasrat Akhi Nurhakim ingin bertemu Ustaz Kazim.

Pada masa sama, Ustaz Kazim terlibat dalam program ceramah perdana di pekarangan Masjid An-Nur Sibu malam tadi.

Ustaz Kazim sempat memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada Nurhakim supaya tabah menghadapi ujian hidup di samping mendoakan agar Nurhakim kembali sihat seperti biasa.

Ramali Yusup, 54, bapa Nurhakim mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pemuda PBB Zon 12 atas kesudian menunaikan hajat anaknya yang ingin bertemu dengan Ustaz Kazim, selain kata-kata semangat dan dorongan yang telah diberi.

Ramali turut mengucap terima kasih kepada saudara-mara dan sahabat-handai serta orang ramai yang tidak putus-putus melawat dan memberi sumbangan kepada anaknya di hospital.

“Kami sekeluarga turut  berterima kasih kepada semua penderma darah yang sudi menderma darah untuk Nurhakim. Dia juga masih memerlukan derma darah daripada orang ramai,” katanya.

Nurhakim memerlukan darah jenis A+, justeru orang ramai yang ingin menyumbang boleh terus berjumpa ahli keluarga Nurhakim di Wad 23, Hospital Sibu di sini.

Turut mengunjungi Nurhakim semalam ialah Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Assek, Mohd Yusna Matali. -Utusan Borneo


Blog, Updated at: Sunday, November 16, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG