Lazada Malaysia

Nahas Udara Di Sumatera Utara | Kesemua 18 Penumpang Dan Anak Kapal Terkorban

JAKARTA, 1 Okt (Bernama) -- Kesemua 18 penumpang dan anak kapal pesawat Cassa 212-200 milik PT Nusantara Buana Air (PT NBA) yang terhempas di Hutan Bahorok, Langkat, Sumatera Utara, Khamis lepas, telah ditemui meninggal dunia.

Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional Daryatmo berkata kesemua mereka meninggal dunia di tempat duduk masing-masing.

Ketika pasukan penyelamat menemui bangkai pesawat itu, pintunya didapati dalam keadaan tertutup, katanya di Medan, seperti yang dipetik agensi berita Antara.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan kesemua mayat berkenaan dan usaha itu disulitkan oleh cuaca buruk dan keadaan lereng bukit serta hutan tebal di sekitar tempat pesawat itu terhempas.

Sementara itu, portal berita VIVAnews melaporkan bahawa semua jasad mangsa nahas udara itu telah dimasukkan ke dalam beg jenazah dan ditempatkan di helipad kecemasan di kawasan hutan itu namun mayat-mayat itu akan hanya akan diterbangkan dari tempat kejadian Ahad pagi.

Ia memetik Menteri Perhubungan Freddy Numberi sebagai berkata di Medan bahawa helipad kecemasan itu disediakan pasukan penyelamat di berhampiran tempat kejadian.

Pesawat itu ditemui terhempas di satu tebing yang curam pada ketinggian sekitar 5,000 kaki.

Khamis lepas, pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Medan pada pukul 7.25 pagi menuju Kutacane, Aceh Tenggara namun 10 minit kemudian ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara.

Setelah tidak mendarat di Kutacane pada pukul 8 pagi sebagaimana jadual, operasi mencari dan menyelamat terus dilancarkan sehingga bangkai pesawat itu ditemui di kawasan Hutan Bahorok, Langkat, Sumatera Utara, namun operasi mencari dan menyelamat terganggu oleh cuaca buruk.

-- BERNAMA


Blog, Updated at: Sunday, October 02, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG