Lazada Malaysia

Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Ketika membebas dan melepaskan Anwar, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan Mohd Saiful.

Beliau berkata mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh (Anwar) semata-mata berasaskan keterangan Mohd Saiful.

Anwar tersenyum ketika keputusan dibacakan di mahkamah yang penuh sesak, dengan anggota keluarganya berpelukan antara satu sama lain sambil masing-masing menitiskan air mata.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ini merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, Anwar dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.

-- BERNAMA
sumber dari bernama


Blog, Updated at: Monday, January 09, 2012

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG