Lazada Malaysia

Anwar Jawab Soalan Berhubung Hak-hak Gay

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", Anwar berkata dalam satu wawancara dengan BBC pada Khamis, bahawa "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

"Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan."

Wawancara selama empat minit 39 saat itu boleh ditonton menerusi http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

Anwar turut menggesa pilihan raya yang bebas serta adil dan bagi kerajaan melaksanakan "langkah yang perlu untuk membebaskan negara ini" daripada apa yang disifatkannya sebagai dasar yang berat sebelah.

Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan berhubung proses pilihan raya di negara ini.

-- BERNAMA

sumber Bernama


Blog, Updated at: Sunday, January 15, 2012

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG