Lazada Malaysia

Kes Letupan | Polis tawar ganjaran RM10,000

KUALA LUMPUR - Polis menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat menyalurkan maklumat berhubung tiga kejadian letupan yang berlaku berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ganjaran berupa wang tunai itu akan diberikan kepada pemberi maklumat tepat sehingga tertangkapnya suspek kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya percaya jerangkap rekaan elektrik yang diletakkan di dalam kon itu dilakukan oleh individu yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran membuat bahan letupan.

Jelas beliau, jerangkap yang terdiri daripada jam penggera, bateri dan paip polivinil klorida (PVC) itu disyaki diletakkan bagi menimbulkan huru-hara pengunjung perhimpunan Bebas Anwar 901.
"Setakat ini, belum ada keterangan dan tangkapan berhubung kejadian letupan itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Justeru itu, beliau meminta peniaga dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat jerangkap itu agar menyalurkan kepada pihaknya bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci.
"Kita mendapati jam penggera yang digunakan itu pelbagai warna dengan bahagian belakangnya berwarna merah, manakala kon yang digunakan pula kualitinya lebih rendah disyaki dicuri atau diambil di lokasi lain dan diletakkan di kawasan letupan tesebut," katanya

Sumber Kosmo


Blog, Updated at: Friday, January 13, 2012

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG