Lazada Malaysia

Orang Ramai Boleh Memohon Membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sendiri

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan mensasarkan membuka sekurang-kurangnya 85 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Khamis, setakat ini 26 buah KR1M telah beroperasi.

Mulai tahun ini juga, orang ramai serta mana-mana perbadanan boleh memohon membuka dan menjalankan perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia mereka sendiri, kata kenyataan itu.

Syarat-syarat dan borang permohonan boleh didapati daripada laman sesawang kementerian di alamat www.kpdnkk.gov.my serta di semua cawangan pejabat kementerian itu.

Mengenai isu keselamatan produk yang dijual, kenyataan itu menyebut bahawa pihak kementerian telah mengarahkan semua 200 produk makanan di KR1M dihantar untuk pemeriksaan dan semua produk mestilah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum dijual.

Selain itu, tambah kenyataan itu, kementerian telah menubuhkan pasukan pemantau khas dianggotai pegawai daripada Pejabat Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Agama Islam bersama penguatkuasa KPDNKK untuk memeriksa semua produk makanan yang dijual di KR1M.

Sehingga 31 Dis tahun lepas nilai jualan yang diperolehi 26 buah KR1M di seluruh negara mencapai RM12.4 juta.

KR1M kini menjual 250 produk dengan menggunakan label jenama generik "1Malaysia Kedai Rakyat" selain boleh menjual produk Coop 1Malaysia yang dikeluarkan Felda.

Barangan dan produk berjenama 1Malaysia yang dijual di KR1M adalah lebih murah sehingga hampir 50 peratus berbanding jenama terkemuka lain, menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA


Blog, Updated at: Thursday, January 12, 2012

1 comments:

  1. Salam. Mereka yang mengganggur boleh memohon pinjaman untuk membuka KR1M.

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG