Lazada Malaysia

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penyanyi dan pengacara, Izwan Pilus meninggal dunia di Hospital Ampang di sini petang Jumaat, dipercayai akibat jangkitan kuman pada darah.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus, 33, meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh adiknya, Khairil Azam Pilus atau dikenali sebagai Aril yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej di akaun Twitter miliknya.

Sementara itu, pengurus kepada Allahyarham, Shaiful Shazwan ketika dihubungi berkata penyanyi itu dimasukkan ke hospital tersebut pada awal pagi tadi kira-kira 12.30 tengah malam selepas mengalami sesak nafas.

"Keadaannya semakin kritikal pada waktu petang sebelum beliau meninggal di hospital," katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampung keluarganya di Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin.

Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.

Pada Disember tahun lepas, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas demam panas berpanjangan selama seminggu.


-- BERNAMA

sumber dari bernama


Blog, Updated at: Saturday, January 21, 2012

1 comments:

  1. al-fatihah buat arwah dan salam takziah untuk keluarga beliau.

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG