Sekadar gambar hiasan |
Tegas beliau, ia adalah bercanggah dengan matlamat pelajar memasuki universiti dan sudah memadailah pelajar dibenarkan berpolitik di luar kampus menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
“Apa akan terjadi kepada pelajar yang belum tentu akan masa hadapan mereka jika sudah ter-jerumus dalam kancah politik.
“Apakah matlamat pelajar masuk ke universiti, untuk me-nimba ilmu atau menjadi hamba politik?” soalnya bagi mengulas gesaan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik agar parti politik dibenarkan membuka cawa-ngan di kampus universiti bagi ‘membebaskan mahasiswa’ untuk bergiat dalam politik.
Dr Maszlee dipetik berkata: “Isunya sekarang bagi saya, bukan sama ada (mahasiswa) masuk pilihan raya atau tidak, tetapi sistem keseluruhan itu perlu diubah, AUKU sahaja tak cukup.
“Pindaan Seksyen 15 tak cukup. Tetapi sistem demokrasi yang di-amalkan di Malaysia dan sistem politik naungan ini perlu diubah.”
Justeru, Mohd Fadzil mene-kankan dalam membentuk mahasiswa yang matang dan rasional dari segi pemikiran serta tindak tanduk yang bebas dari pengaruh fahaman politik dalam memberikan pandangan dan menganalisis sesuatu isu, sesebuah universiti perlulah kondusif, stabil dan harmoni serta bebas daripada anasir politik kepartian.
“Kalau pun ingin sangat membangkitkan isu politik, ia tidaklah memerlukan penglibatan langsung atau kehadiran parti politik dalam hidup pelajar di kampus.
“Memadailah sekadar menge-tahui dan menganalisis segala isu politik berkenaan dalam suasana yang lebih berilmiah dan berhemah yang tidak dicemari dengan insiden yang boleh mencemarkan keharmonian kampus,” katanya.
Jelas beliau, jika tuntutan untuk berpolitik kepartian di kampus dibenarkan, pastinya berkemungkinan setiap hari akan kelihatan kempen-kempen politik yang bertaburan di sepanjang laluan kampus.
Persoalnya lagi, apakah ini yang dianggap demokrasi dari perspektif golongan yang gemar berpo-litik dan bagaimana pula dengan golongan yang benar-benar ingin menjadi ilmuan sebenar.
“Demokrasikah perlakuan sedemikian? Dari kaca mata ikhlas saya, golongan ini sebenarnya sama ada sedar atau tidak menghancurkan anak-anak di kampus dengan perkara yang sebenarnya boleh dikebelakangkan.
“Berikanlah kepada anak-anak ini peluang untuk menumpukan diri pada pelajaran dan dalami ilmu sepenuhnya terlebih dahulu,” katanya.
Tambah beliau, dari segi perspektif kampus, tiada isu langsung yang menampakkan pelajar ditindas atau tidak diberikan keutamaan baik dari segi bantuan kewangan mahupun fasiliti.
Justeru, beliau menyifatkan cadangan pembawaan isu politik di kampus universiti menunjukkan kecetekan perjuangan golongan sedemikian.
Katanya, adalah lebih molek jika isu pembangunan minda intelektual, kebajikan dan kecemerlangan pelajar diperjuangkan oleh golongan cerdik pandai tersebut tanpa terlalu menghiraukan latar belakang fahaman politik.
“Saya lebih rela berjuang pada perkara yang melibatkan kese-jahteraan untuk pelajar saya dari memperjuangkan politik masuk kampus.
“Berapa banyak dari golongan yang gilakan politik ini memikirkan perjuangan untuk membantu kampus mendapatkan dana bagi membantu pelajar miskin dan yang nemerlukan bantuan.
“Saya ingin lihat anak-anak saya belajar dan menjadi orang yang berilmu dan berjaya tanpa diganggu gugat dengan politik kepartian.
“Kita banyak berkiblatkan universiti-universiti ternama dalam meletakkan tanda aras pencapai-an akademik seperti Havard, Oxford dan Cambridge… namun persoalan saya, adakah universiti ternama ini terlalu banyak menghabiskan masa dengan memperjuangkan isu mendemokrasikan politik dalam kampus atau sebaliknya?” katanya.
Sumber Borneo Post Online
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.