KUCHING: Keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negeri ini berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka oleh penduduk tempatan dan penduduk negara jiran.
Namun begitu, Penguasa Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Peter Sawal memberitahu, secara keseluruhannya catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini adalah masih di bawah paras 100 dan terkawal.
“Keadaan angin yang bertiup dari arah selatan negeri menyumbang kepada keadaan jerebu di samping aktiviti pembakaran terbuka oleh penduduk di sini dan di negara jiran,” jelas Peter ketika dihubungi semalam.
Menurut catatan IPU, setakat jam 4 petang semalam, Samarahan, Kuching dan Sri Aman masing-masing mencatatkan bacaan tertinggi iaitu masing-masing 67, 63 dan 62 manakala Limbang, ILP Miri dan Miri masing-masing mencatatkan bacaan terendah iaitu 43, 44 dan 49.
Sementara itu, Bintulu dan Sarikei mencatat IPU 59 manakala Sibu 56.
Berita Selanjutnya Disini
sumber Borneo Post Online
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.