Lazada Malaysia

Bongkar kubur: Kerja pengamal sihir

TEMERLOH - Tindakan mengambil tanah kubur di Kampung Jawi-Jawi, Pelangai, Bentong, Rabu lalu, dipercayai ada kaitan dengan kerja khurafat untuk tujuan komersial.

gambar hiasan

Exco Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (Gappima), Datuk Shamsuri Shafie berkata, kerja mengambil tanah antara dua batu nisan di kawasan kubur itu dan membabitkan 100 kubur dipercayai dilakukan individu yang arif dalam kerja sihir.

Katanya, apabila terlalu banyak tanah diambil ia mungkin bertujuan untuk memuja tanah itu dan menjualnya kepada mereka yang berniat untuk jatuhkan kawan atau lawan.

“Saya perhatikan dari dua sudut iaitu sihir untuk perniagaan dan sihir untuk memusnahkan rumah tangga orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Shamsuri yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi berkata, jika tanah itu diambil dalam jumlah yang sedikit mungkin itu kerja individu tetapi jika diambil dalam kuantiti banyak ia hampir pasti dilakukan oleh mereka yang arif dalam ilmu sihir.

Beliau berkata, tanah itu akan dipuja dan dijual kepada pihak ketiga dan diniagakan seperti beberapa kes berdasarkan pengalaman beliau merawat pesakit yang terkena sihir.

Beliau menasihati mereka yang terlibat supaya bertaubat kerana ia boleh membawa kepada syirik.

Dalam kejadian kelmarin penduduk Kampung Jawi-Jawi di Bentong gempar apabila lebih 100 kubur di perkampungan itu dikorek pihak tertentu dipercayai ada kaitan dengan pemujaan. -sinar harian


Blog, Updated at: Saturday, June 14, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG