Lazada Malaysia

Malaysia Turun Satu Tangga Ranking FIFA

Kuala Lumpur: Malaysia turun satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-142 ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Penurunan tersebut didorong oleh ketiadaan perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf 'A' membabitkan skuad kebangsaan dengan kali terakhir ialah berdepan Filipina di sini pada 1 Mac lalu.

Skuad Harimau Malaya yang dibimbing pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee berada di tangga 154 pada bulan Januari, 150 (Februari) dan 141 pada bulan lalu.


Kekal kedudukan

Posisi berkenaan dijangka berubah memandangkan Malaysia bakal bertemu Filipina pada aksi persahabatan ulangan di Kompleks Sukan Cebu City, 27 April ini.

Kedudukan terbaru itu meletakkan skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Belize (143), India (145) Kyrgyzstan dan Puerto Rico (147) serta Liechtenstein pada kedudukan ke-149 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal pada kedudukan ketiga di belakang Vietnam (116) dan Thailand (140). Di peringkat Asia, Malaysia terus berada pada kedudukan ke-22 daripada 46 negara. - BERNAMA


Blog, Updated at: Friday, April 11, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG