Lazada Malaysia

Piala Dunia 2014 | 'Saya Lebih Risaukan Pengadil, Bukan Brazil'

"SAYA tidak risaukan pasukan Brazil, tetapi pengadil pada perlawanan itu harus bersikap terbuka dan tidak memihak mana-mana pasukan,”

Itu pandangan penyerang Chile, Alexis Sanchez yang berharap pengadil perlawanan mampu mengadili aksi pusingan kalah mati membabitkan kedua-dua pasukan tersebut dengan cekap dan tidak membuat keputusan meragukan.

Nada risau itu diluahkan selepas pengendali Croatia, Niko Kovac pernah mempertikaikan mutu pengadilan ketika bertemu Brazil apabila pengadil (Yuichi Nishimura) memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah sedangkan ulang tayang televisyen jelas menunjukkan pemain Brazil (Fred) sengaja menjatuhkan dirinya.

Sanchez berkata, jika boleh dia tidak mahu insiden tersebut berulang sekali gus merugikan mereka seperti mana dialami Croatia.

"Brazil pasukan yang memiliki pertahanan yang bagus dan mempunyai kualiti yang hebat dalam skuad mereka. Sudah tentu saya hormat dan gembira dapat bertemu mereka pada perlawanan ini.

"Cuma yang merisaukan kami ialah mengenai tahap pengadilan kerana apa yang berlaku sebelum ini satu pengajaran buat kami, Apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku," katanya. -sinar harian


Blog, Updated at: Saturday, June 28, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG