Lazada Malaysia

Gangguan Bekalan Elektrik Disebabkan Kerosakan Substesen 132/33kV Semenggoh

KUCHING: Susulan daripada kerosakan Substesen 132/33kV Semenggoh pada Rabu lepas, semalam sekali lagi beberapa kawasan di bandar raya ini termasuk di Lundu mengalami gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan aktiviti harian.

Ia dapat disaksikan apabila ramai di kalangan pengguna meluahkan keluhan mereka sama ada melalui lama sosial termasuk di Facebook dan sebagainya kerana insiden bukan sahaja menyebabkan rutin harian terganggu bahkan juga mendatangkan kesesakan lalu lintas.

Antara yang turut dikatakan mengalami kesesakan disebabkan lampu isyarat tidak berfungsi ialah dari Batu 10 hingga ke Batu 7 dan beberapa lagi persimpangan lampu isyarat.

Menurut Sarawak Energy Berhad (SEB) kerosakan dipercayai berlaku disebabkan oleh kilat kumulatif yang telah menyambar salah satu kabel tenaga substesen sehingga menyebabkan kerosakan teruk kepada papan suis dan wayar kawalan.

gambar hiasan
Dua pemintas litar bersebelahan turut rosak seterusnya menyebabkan pintasan elektrik pada dua transformer pada jam 9.07 pagi dan menurut taklimat oleh wakil SEB semalam, kerja membaik pulih telah dijalankan segera pada 25 Jun selepas bekalan elektrik terputus.

Antara kawasan yang ter-jejas termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Kim Hin, Tapah, Tondong, Siburan, Semenggok, Bou-levard, Batu Kitang Water Board, Bau, Lundu, Sematan, Jalan Stephen Yong dan kawasan di Batu 7 hingga Batu 12.

Menurut SEB, ini adalah kali pertama insiden yang begitu serius berlaku disebabkan oleh kerosakan kepada substesen dan kerosakan kepada dua transformer.

Pasukan membaik pulih hanya berjaya memperbaiki sebuah transformer sahaja pada 25 Jun dan kerja dite-ruskan sehingga satu lagi pintasan elektrik berlaku pada jam 9.45 pagi semalam sebagai langkah automatik untuk melindungi substesen terbabit daripada kerosakan selanjutnya.

Sarawak Energy menjangkakan bekalan pulih sepenuhnya ke kawasan terjejas pada sebelah petang, semalam tetapi sistem berkenaan dijangka masih lemah sehingga sebuah lagi transformer yang terjejas dalam kejadian Rabu lepas dapat diperbaiki.

Sementara itu, bagi mendapatkan jawapan gangguan bekalan elektrik yang berlaku, Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang diketuai Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen mengadakan kunjungan kepada wakil SEB di kom-pleksnya di sini, semalam.

Selepas mendengar taklimat SEB selama sejam, Chong masih tidak berpuas hati dengan penjelasan teknikal yang diberikan kerana beliau me-nyalahkan perancangan yang tidak baik oleh SEB sebagai punca bagi kekerapan bekalan elektrik terputus di negeri ini sejak 2013.

“Ini mengesahkan spekulasi saya bahawa tiada perancangan yang baik telah dibuat oleh SEB untuk memenuhi anggaran permintaan atau peningkatan pengguna elek-trik,” kata Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Ku-ching.

Beliau turut berkata kadar menaik taraf seluruh sistem pengedaran dan transmisi tidak setimpal dengan kadar peningkatan dan permintaan oleh populasi Sarawak yang semakin bertambah.

“Kuching sekarang berada di ambang beban maksimum yang akan berterusan sehingga 2016,” kata Chong yang menambah jika sebuah stesen tenaga elektrik rosak, separuh daripada bandar raya Kuching akan terjejas. -utusan borneo


Blog, Updated at: Saturday, June 28, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG