Lazada Malaysia

Danau Puaka

SIBU: Dua murid lelaki tahun tiga sebuah sekolah di Sibu Jaya ditemui mati lemas di sebuah danau berdekatan sekolah mereka, pagi semalam.

Pihak polis dari Balai Polis Sibu Jaya yang dimaklumkan mengenai penemuan dua mayat terbabit mengerahkan sepasukan anggotanya ke lokasi yang digelar ‘danau puaka’ oleh penduduk setempat untuk melakukan siasatan.
Mangsa yang dikenali sebagai Lawrence Dagu dan Mohd Azrul Asnawi masing-masing berumur sembilan tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Keresahan ibu bapa kedua-dua mangsa terjawab selepas mereka dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai penemuan itu.

Terdahulu, ibu Lawrence bimbang apabila anaknya gagal pulang ke rumah selepas menyertai aktiviti kokurikulum sekolah petang kelmarin.

Menurutnya, kali terakhir dia melihat Lawrence ialah ketika dia pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang kelmarin, sebelum dia pergi semula ke sekolahnya untuk menyertai aktiviti sekolah.

Katanya lagi, usaha mencari Lawrence di merata-rata tempat sehingga malam kelmarin menemui jalan buntu sekali gus memaksanya mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah.

Bagaimanapun, pihak sekolah dimaklumkan mengenai berita buruk berkenaan oleh anggota polis dari Balai Polis Sibu Jaya sekitar jam 11 pagi semalam.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya. -utusan borneo


Blog, Updated at: Friday, June 27, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG