Lazada Malaysia

Misi Kemanusian | KP1M urus kanak-kanak Gaza terima rawatan di Malaysia

LABUAN: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sedang menguruskan dokumentasi untuk membawa kanak-kanak dari Gaza, Palestin yang cedera akibat serangan Israel untuk menerima rawatan susulan di negara ini.

Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan menyegerakan proses berkaitan untuk membawa 100 rakyat dari Gaza terutama kanak-kanak ke negara ini dalam masa terdekat.

“Sewaktu lawatan misi kemanusian KP1M ke Gaza baru-baru ini, saya dapati 40 peratus mangsa bedilan kekejaman tentera Zionis adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan 40 peratus lagi golongan wanita.

“Selebihnya golongan lelaki serta warga emas dan majoriti warga Palestin cedera putus kaki atau tangan,” kata Abdul Azeez yang merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO kepada Bernama di sini, semalam selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Labuan.

Beliau berkata antara keperluan kanak-kanak itu termasuk pembedahan otak memandangkan kepakaran dan perubatan yang mencukupi di Malaysia berikutan situasi genting di Gaza masa kini.

Abdul Azeez menggesa seluruh rakyat Malaysia agar bersatu bersuara menentang kekejaman tentera rejim Zionis memasuki hari ke-47 yang menyaksikan jumlah angka korban meningkat kepada 2,700 orang setakat ini. -Bernama


Blog, Updated at: Tuesday, August 26, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG