Lazada Malaysia

Kes Bunuh | Polis Temui Rangka Kanak-Kanak Lelaki Berusia Dua Tahun

MELAKA: Polis menemui rangka kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditanam di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, BukitKatil pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Abu Bakar berkata berikutan itu pasangan kekasih ditahan polis bagi membantu siasatan. 

Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi kejadian, dan kira-kira 7 pagi Sabtu polis menemui rangka mangsa berbalut kain batik yang ditanam di dalam lubang sedalam 0.3 meter.

"Melihat keadaan rangka terbabit kanak-kanak berkenaan dipercayai meninggal dunia Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di rumah yang disewa pasangan berkenaan (bermula) awal tahun ini," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Razali berkata berdasarkan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh kanak-kanak itu dipercayai anaknya, dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas.

Bagaimanapun punca dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan. 

Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Mstar


Blog, Updated at: Monday, September 01, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG