Lazada Malaysia

Lemas | Dua Saudara Mangsa Di Pantai Pandan


gambar dari Sarawakiana.net

LUNDU: Dua orang kanak-kanak lelaki telah dilaporkan lemas di Pantai Pandan Lundu petang semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dikatakan ingin bermain di tepi pantai tetapi telah di larang oleh ibunya.

Difahamkan selepas tidak mendapat keizinan daripada ibunya, dia meminta izin untuk pergi bermain di dewan berhampiran.

Pada jam lebih kurang 5.00 petang semalam, mangsa dikatakan tidak pulang kerumah seperti kebiasaan harinya. Sejurus selepas itu, kakaknya dikatakan telah pergi mencari mangsa namun masih tidak menjumpai mangsa dan hanya menemukan basikal miliknya sehingga ketepi laut.

Menurut saksi, seorang nelayan yang melihat mereka sedang bermain diatas batu ditepi pantai tersebut dikatakan telah menegur supaya mereka balik kerumah masing-masing kerana keadaan air pasang besar pada ketika itu, namun tidak diendahkan oleh mereka.

Usaha gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri lemas itu sejurus mengesan mangsa dilaporkan hilang.

Operasi tersebut yang disertai oleh pihak Polis,Bomba dan penduduk kampung bagi mengesan kedua-dua kanak kanak malang berkenaan.

Pada jam lebih kurang 9 malam seorang daripada mangsa telah dijumpai dan telah disahkan meninggal dunia, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lundu untuk menjalani bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mungguk Along pada pagi ini.

Namun gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa masih diteruskan.-Sarawakiana


Blog, Updated at: Thursday, September 25, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG