Lazada Malaysia

Lima Pelajar Didakwa Terlibat Rusuhan Selepas Perlawanan Piala Malaysia

KUCHING: Lima tertuduh yang terdiri daripada dua penuntut institusi pengajian tinggi dan tiga pelajar sekolah  telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan terlibat dalam rusuhan di Stadium Negeri selepas perlawanan Piala Malaysia, Sabtu lepas.

Kelima-lima mereka tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Portia Tham Ong Leng pada hari ini.


Kelima-lima tertuduh didakwa terlibat dalam rusuhan di Stadium Negeri selepas perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak pada 30 Ogos lepas, mengikut Seksyen 151 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret membenarkan mereka diikat jamin RM10,000 seorang dan ibu bapa mereka sebagai penjamin dan mengarahkan kesemua tertuduh melaporkan diri di Unit D4 Jabatan Siasatan Jenayah di sini pada Sabtu setiap minggu sehingga kes selesai.

Menurut fakta kes, kelima-lima tertuduh  enggan bersurai walaupun amaran bersurai telah dikeluarkan beberapa kali sehingga pihak polis mengambil tindakan untuk menahan kelima-lima tertuduh  di jarak lebih kurang 30 hingga 40 meter dari lokasi rusuhan.

Kelima-lima mereka dipercayai terlibat insiden mengamuk di luar Stadium Negeri Sarawak apabila Sarawak hilang kelayakan untuk meneruskan aksi dalam Piala Malaysia setelah seri dengan Perak 1-1 pada Sabtu lalu.

Sebuah kenderaan polis di bakar sementara sebuah lagi diterbalikkan apabila kumpulan tersebut mula mengamuk sejurus perlawanan kumpulan B Piala Malaysia tersebut tamat hampir tengah malam semalam.

Penyokong Sarawak yang nampaknya terlampau emosi telah membakar sebuah kenderaan MPV polis sementara menterbalikkan sebuah lagi kenderaan polis.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Austin Patrick Angkon manakala Mahkamah menetapkan 18 dan 19 Nov sebagai tarikh perbicaraan. - Sarawakiana


Blog, Updated at: Thursday, September 04, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG