Lebih kurang seminggu lagi satu lagi pesta di Sarawak akan di sambut iaitu Pesta Kaul Mukah. Seperti setiap tahun pelbagai acara yang menarik untuk memeriahkan lagi Pesta Kaul Mukah.
photo credit to http://www.kaulmukah.com/ |
Pada tahun ini Pesta Kaul Mukah diadakan pada 19-29 April 2012. Bagi rakyat Sarawak khasnya kaum Melanau acara ataupun pesta ini tidak asing lagi bagi mereka. Tetapi bagi mereka yang ingin mengetahui adat resam kaum Melanau serta ingin tahu lebih lanjut lagi tentang Pesta Kaul Mukah ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri.Pesta Kaul Mukah 2011Kaul adalah perayaan tradisi yang diraikan oleh kaum Melanau yang tinggal di sepanjang pantai Sarawak. Pada masa lalu, Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikannya sebagai perayaan yang paling penting dalam tahun kaum Melanau Pagan.
Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan musim tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan.- sumber
Dan mengikut jadual Majlis itu akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak di Tapak Kaul Mukah
UNTUK INFO LANJUT LAGI TENTANG PESTA KAUL MUKAH 2012 KLIK SINI
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.