gambar dari Sarawakiana.net |
LUNDU: Dua orang kanak-kanak lelaki
telah dilaporkan lemas di Pantai Pandan Lundu petang semalam.
Menurut sumber, mangsa yang
dikatakan ingin bermain di tepi pantai tetapi telah di larang oleh ibunya.
Difahamkan selepas tidak mendapat
keizinan daripada ibunya, dia meminta izin untuk pergi bermain di dewan
berhampiran.
Pada jam lebih kurang 5.00 petang
semalam, mangsa dikatakan tidak pulang kerumah seperti kebiasaan harinya.
Sejurus selepas itu, kakaknya dikatakan telah pergi mencari mangsa namun masih
tidak menjumpai mangsa dan hanya menemukan basikal miliknya sehingga ketepi
laut.
Menurut saksi, seorang nelayan yang
melihat mereka sedang bermain diatas batu ditepi pantai tersebut dikatakan
telah menegur supaya mereka balik kerumah masing-masing kerana keadaan air
pasang besar pada ketika itu, namun tidak diendahkan oleh mereka.
Usaha gerakan mencari dan
menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri lemas itu sejurus mengesan mangsa
dilaporkan hilang.
Operasi tersebut yang disertai oleh
pihak Polis,Bomba dan penduduk kampung bagi mengesan kedua-dua kanak kanak
malang berkenaan.
Pada jam lebih kurang 9 malam
seorang daripada mangsa telah dijumpai dan telah disahkan meninggal dunia,
mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lundu untuk menjalani bedah siasat
sebelum dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Mungguk Along pada pagi ini.
Namun gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa masih diteruskan.-Sarawakiana
Namun gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa masih diteruskan.-Sarawakiana
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.