Lazada Malaysia

GOOGLE ADSENSE


Selamat dan Salam buat teman-teman,

Setelah kian lama tidak aktif, kali ini saya ingin berkongsi tentang Adsense. Dan tentu ramai para blogger tidak asing lagi tentang adsense. Dan saya juga percaya tentu ramai lagi yang masih keliru dengan Adsense. Untuk pengetahuan teman-teman semua, Pendapatan dari Adsense amat lumayan. Dan wang masuk dan terus masuk. Tetapi adakah kita semua mengenali perhidmatan yang gratis ini.(dari Google)

Mungkin teman-teman tidak asing lagi tentang Adsense. Tidak kira siapa yang masih baru mengenali dalam dunia blog,  saya percaya secara tidak langsung tentu kita mencari-cari apakah iklan online yang sesuai untuk blog kita.  Adsense. Saya rasa ini salah satu pilihan yang bijak. Gratis!!! Syaratnya anda perlu mendaftar dulu, sebelum menggunakan perhidmatan ini. DAN pastikan blog anda berbahasa English. Nanti saya akan berkongsi APAKAH RAHSIA PIHAK GOOGLE MELULUSKAN PERHIDMATAN INI(menggunakan perhidmatan ini), WALAUPUN KITA TIDAK TAHU BERBAHASA ENGLISH. Sebelum itu mari kita sama-sama mengenali apa itu Adsense.


ADSENSE
Google AdSense merupakan cara yang cepat dan mudah bagi penayang laman web segala ukuran untuk mendapatkan wang dengan menampilkan yang disasarkan, tidak mengganggu iklan Google pada halaman Web mereka. AdSense juga membolehkan anda untuk menyediakan carian Google ke halaman anda pengguna, sambil mendapatkan wang dengan menampilkan iklan Google pada laman keputusan carian.
Anda akan mendapatkan ketika pengguna melawat tapak Web anda dan klik atau melihat iklan pada halaman anda, bergantung pada jenis iklan.
AdSense adalah Gratis, jadi apa salahnya kita untuk mencubanya. Tetapi syaratnya anda harus mematuhi dasar program dan memenuhi syarat.
Pihak Google akan memeriksa aplikasi anda dan menindaklanjuti dengan email dalam waktu sekitar satu minggu, bergantung pada jumlah aplikasi yang  diterima. Jika anda diterima ke dalam program, anda boleh sign in ke akaun baru dan mendapatkan kod HTML yang akan menampilkan iklan pada halaman Web anda.



PROSES PENDAFTARAN.

Caranya amat mudah. Anda perlu mengisi kesemuanya seperti dalam gambar di bawah:






Setelah selesai di isi kesemuanya jangan lupa conteng di tempat kotak tanda anda setuju dengan syarat yang diberikan. Dan SUBMIT.


Berapa lamakah waktu yang diperlukan untuk meninjau aplikasi?
Setelah anda mengajukan aplikasi AdSense dan mengesahkan alamat email, biasanya ia memerlukan 2-3 hari untuk menyelesaikan Peninjauan. Namun, bergantung pada jumlah aplikasi yang kami terima, mungkin Peninjauan Memerlukan waktu hingga 1 minggu atau lebih lama.
Permohonan Berjaya?
Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan menerima email terus ke Email anda. Ianya seperti berikut.



Anda boleh terus menggunakan perhidmatan ini setelah anda menerima email seperti di atas.

Tentu ramai yang beranggapan sekiranya permohonan untuk adsense gagal untuk kali pertama, bermakna tidak boleh menggunakan perhidmatan ini untuk selamaya. TANGGAPAN INI SALAH. MALAH PIHAK GOOGLE TERUS MEMBERI PELUANG SETERUSNYA SEHINGGALAH PERMOHONAN ANDA BERJAYA. WALAUPUN PENDAFTARAN YANG SETERUSNYA MENGGUNAKAN EMAIL,NAMA DAN ALAMT YANG SAMA. DAN PIHAK GOOGLE AKAN TERUS MEMBERITAHU KE EMAIL ANDA APAKAH MASALAH YANG HARUS DI UBAH.
Bayangkanlah saya sendiri hampir 10 kali mencuba untuk mendaftar menggunakan  perhidmatan ini. Gagal. Saya hampir berputus asa. Tetapi oleh kerana minat saya, saya terus mengkaji apakah masalah blog saya sehinggakan pihak google tidak menerima situs saya. Dan akhirnya permohonan saya di luluskan. Saya mencuba dan terus mencuba kerana perhidmatan ini gratis dan pendapatan yang lumayan. Sehingga sekarang saya memperolehi $21.63 sehari, dan yang paling sedikit untuk 3 bulan ini ialah $10.49 satu hari. Dan satu bulan sekurang-kurangnya $400. Tanpa mengeluarkan modal. Saya tidak rugi apa-apa malah keuntungan yang berlipat kali ganda saya dapat. Sebab itulah saya hendak berkongsi pengalaman saya kepada teman-teman. Dan yang paling penting kita tidak melanggar peraturan daripada perhidmatan ini(Google Adsense).

APAKAH RAHSIA  UNTUK GOOGLE MELULUSKAN PERHIDMATAN INI, WALAUPUN KITA TIDAK TAHU BERBAHASA ENGLISH?

Saudara saya telah menyatakan, Kita sering terbaca judul-judul seperti; TIPS AMPUH  ADSENSE, TIPS MENDAPATKAN $100 SEHARI DARI ADSENSE, CARA MUDAH HASILKAN $200 DARI ADSENSE, TIPS DAPATKAN $3000 SEBULAN DARI ADSENSE dan bermacam lagi. Saya pernah juga tergoda dan bertanya, namun yang saya dapat bukan jawaban tapi ‘persoalan’ . akhirnya berujung dengan saran agar saya membeli e-book atau produk seminar mereka dengan bayaran tertentu. Jelaslah itu sekadar tips yang ‘tricky’.

source: Santai sejenak(al-Basri)

Disini saya ingin berkongsi bagaimanakah google meluluskan permohonan kita bagi menggunakan perhidmatan ini (Adsense).Anda perlu menyiapkan artikel berbahasa english sekurang-kurangnya 3 artikel. Dan saya percaya ini amat sukar bagi kita yang tidak tahu berbahasa English. Saya sendiri pun tidak tahu menulis berbahasa english. Hik...Sebab itulah saya ingin berkongsi rahsia kepada teman-teman. Ianya Gratis. ngak usah bayar....

  1. Siapkan artikel English. Kalau tidak bisa menulis berbahasa English, copy and paste aje dari laman web percuma. Contohnya Ezine Article. (http://ezinearticles.com)Laman web yang tidak asing lagi untuk para blogger mendaftar akaun Adsense.
  2. Copy and paste aja artikel english ke blog anda.(sekurang-kurangnya 3 artikel)
  3. Setelah selesai kesemuanya, barulah anda mendaftar untuk akaun Adsense.
  4. DAN pastikan blog anda menggunakan bahasa yang didukung oleh Google. Biasanya ini yang membuat anda keliru. Maksud disini ialah pastikan setting blog anda menggunakan bahasa Eglish atau bahasa yang di dukung oleh Google.
  5. Promosikan blog anda. 

Apa tunggu lagi. Daftar segera. Anda tidak akan rugi apa-apa melainkan anda merugikan diri anda sendiri. dengan peluang yang Gratis ini.
Dan sampai sekarang saya telah mempunyai 25 URL untuk adsense. Yang menariknya Pihak Google tidak memberi limit untuk satu blog sahaja. Maksud saya disini ialah satu akaun adsense boleh di gunakan untuk blog-blog kita yang lain. Tidak usah mendaftar untuk kali kedua kalau anda sudah ada akaun adsense. Saya cuma menggunakan satu akaun adsanse untuk kesemua blog saya. Kesemuanya berhasil. Mudahkan....
Diantara contoh yang anda boleh lihat di salah blog saya ialah  Health and Fitness
Anda boleh klik sendiri untuk melihatnya.

Saya rasa anda sudah tahu bagaimana hendak mempromosi blog anda. Tetapi kepada yang ingin tahu  bagaimana hendak mempromosikan blog anda, anda boleh terus ke blog saudara saya Santai sejenak(al-Basri)

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Dan sekali saya memberitahu teman-teman tiada rugi apa-apa kalau kita mencuba. Melainkan anda merugikan diri anda sendiri untuk peluang yang GRATIS ini.


nota penting:
Sekiranya permohonan anda di luluskan untuk menggunakan perhidmatan ini, Anda di nasihatkan supaya mematuhi semua peraturan dan kebijaksanaan pihak Google Adsense. Ini adalah penting bagi mengelakkan akaun anda di ban oleh pihak Google.


Blog, Updated at: Sunday, November 22, 2009

6 comments:

  1. Trima kasih mas kerna sharing pengalamnya. Akan ku cuba. Tapi saya udah 5 kali mencuba tetapi ngak di luluskan. Gimana ya mas..

    ReplyDelete
  2. Cuba anda apply untuk kali seterusnya. ikuti langkah2 diatas. Saya percaya anda akan berjaya. tetapi siapa ini ya. :)

    ReplyDelete
  3. salam sobat
    iya lama ngga kunjung,,makin keren blognya.
    wah kalau agar berjaya adsense ,,artikelnya harus bahasa Inggris kan,,,
    trims infonya.
    berguna bagi para blogger yang ingin mencobanya.

    ReplyDelete
  4. blog seri juga pernah gagal ketika memohon. dan sekarang label monetize your blog sudah hilang dari paparan utama. apa ada cara lain. kalau akaun adsense seri punya 3 tapi ngak pernah di pake sudah.

    ReplyDelete
  5. salam sobat,
    mantap.. semoga artikel ini bisa membantu teman-teman yang pernah di 'reject' supaya re-apply.dapat juga jadi pencerahan untuk yang memiliki lebih dari 3 account adsense.

    terima kasih, salam sukses..

    ReplyDelete
  6. Nura...memang benar mbak. Tapi itu Untuk proses semasa kita mendaftar Adsense. Biarlah muka depan blog kita berbahasa Inggeris. Terima mbak kerna sudi berkomentar di sini.

    Seri bahasa...
    Saya pun pernah mengalami situasi seperti seri. Untuk mengembalikan monetize di blog seri, ubahkan setting @ tetapan bahasa di blog seri. Caranya klik ke tab tetatpan dan klik memformat. Ubahkan bahasa tetapan seri dari bahasa melayu ke English. Dan save. Masalah seri sudah settle. Selamat mencoba seri.....

    Al-basri...
    terima kasih al-basri. Tapi blog Al-basri lebih karen lagi dari blog saya kan. Hik.... Semoga kita para blogger mendapat manfaat dari Adsense. Semoga kita semua sukses. Terima kasih

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG