Lazada Malaysia

DI ASIA TENGGARA, BILLIONAIRE TERKAYA DAN TERAMAI ADALAH WARGA MALAYSIA.

Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes dalam 2010 Forbes List of World’s Billionaires, 9 warga Malaysia tersenarai sebagai Billionaire. Data tersebut sekaligus meletakkan Malaysia memiliki warga yang paling ramai tersenarai di rantau Asia Tenggara.

Warganegara lain dari Asia Tenggara yang tersenarai adalah dari Indonesia seramai 7 orang, Singapore 4 orang, Thailand 3 orang dan Philippines 2 orang.

Tan Sri Robert Kuok sebagai individu yang terkaya di Malaysia, turut meletakkan diri sebagai yang terkaya di Asia Tenggara. Beliau juga menduduki ranking ke 33 terkaya di dunia dan yang ke 7 terkaya di Asia.



Berikut adalah senarai 9 Billionares warga Malaysia berdasarkan data Forbes;

1.    Tan Sri Robert Kuok        US$14.5 Billion (RM48.1 Billion)

2.    Tan Sri Ananda Krisnan        US$7.6   Billion (RM25.2 Billion)

3.    Tan Sri Lee Shin Cheng        US$4.4   Billion (RM14.6 Billion)

4.    Tan Sri Quek Leng Chan        US$3.4   Billion (RM11.3 Billion)

5.    Tan Sri Teh Hong Piow        US$3.4   Billion (RM11.3 Billion)

6.    Tan Sri Yeoh Tiong Lay        US$2.3   Billion (RM7.6   Billion)

7.    Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary    US$1.5   Billion (RM4.98 Billion)

8.    Tan Sri Vincent Tan        US$1.2   Billion (RM3.98 Billion)

9.    Tan Sri Tiong Hiew King        US$1.0   Billion (RM3.3   Billion)

Suatu yang sangat sihat tentang mereka yang tersenarai diatas, jika kita kaji sejujurnya atau sedalamnya. Mereka bukan saja gigih dalam berusaha, mereka juga insan yang berhati mulia dengan banyak sekali membantu badan-badan Amal dan kebajikan di Malaysia.  Mereka adalah dermawan terkemuka, justeru ada banyak nilai harus kita contohi.

Buat teman-teman Blogger yang tidak tersenarai oleh Forbes, usahlah tersinggung atau kecewa. Sebab saya pun belum tersenarai lagi, yang ke 10 tu masih kosong…
Semoga informasi ini dapat memberi motivasi buat kita…


Blog, Updated at: Tuesday, April 06, 2010

8 comments:

  1. salam...
    semoga yang tahun depan atau entah berapa tahun lagi, kita sebagai blogger akan tersenarai juga. setidaknya tempat yang ke 10 tu...

    semoga sukses dan terus semangat

    ReplyDelete
  2. salam sobat
    ya semoga kita semua bisa senarai dengan mereka,,,entah kapan,,,
    mengharap nich,,,

    ReplyDelete
  3. bangga menjadi warga Malaysia. hekhek. =p

    ReplyDelete
  4. sape cakap orang malaysia miskin...
    kaya tuu~~~

    ReplyDelete
  5. Yg paling aku suka ialah pasal Syed Al Bukhairy tu..tamat tingkatan 5 jer..tpi gigih berusaha...

    ReplyDelete
  6. urm... Sultan Brunei x masuk ke? hehehe..

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG