Lazada Malaysia

Wanita Singapura dituduh tipu RM7 juta

SHAH ALAM – Seorang wanita warga Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana dituduh menipu ahli perniagaan Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebanyak RM7 juta tahun lepas.
Sharida Abdul Majid, 46, juga ahli perniagaan, dituduh menipu Abdul Rashid di Peremba Square, Shah Alam, antara September 2009 dan 13 November 2009 dengan memperdayanya bahawa dia telah memperoleh kontrak bernilai tidak kurang 8 juta dolar Brunei (RM18.9 juta) serta menawarkan Abdul Rashid untuk menyertai kontrak itu.
Dia didakwa telah mendorong Abdul Rashid untuk menyerahkan wang berjumlah RM7 juta melalui tiga keping cek Standard & Chartered Bank sebagai bahagian penyertaan beliau dalam kontrak itu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga boleh didenda.
Sharida juga menghadapi pertuduhan menggunakan satu dokumen cagaran berharga, iaitu dua keping bil tunai syarikat High Motivations Sendirian Bhd bertarikh 28 September 2009 sebagai tulen, antara 2 Oktober 2009 dan 26 Oktober 2009, yang mana beliau mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda. – Bernama

sumber: kosmo


Blog, Updated at: Friday, December 03, 2010

6 comments:

  1. dunia sekarang siapa saja boleh jadi penipu, dan siapa saja boleh kena tipu..

    ReplyDelete
  2. SAKSIKANLAH KEBAIKAN CIK SHARIDA DALAM ACARA ZIKIR BERSAMA QURBAN AKBAR, JAKARTA INDONESIA
    info di :www.qurbanakbar.com

    ReplyDelete
  3. @melanau blogger dan dunia sekarang bermacam-macam ragam dan cara bagaimana hendak menipu. terima kasih atas lawatan anda kesini

    ReplyDelete
  4. @suka_haha terima kasih kearana sudi datang ke sini. Ye la macam-macam perkara dah berlaku sekarang ini

    ReplyDelete
  5. menipu kerana mengejar kemewahan duniawi...itulah adat dunia zaman sekarang. soal halal haram darimana datangnya rezeki sudah tidak dipandang lagi.

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG