Lazada Malaysia

Koleksi Menarik Kata-kata Mutiara | Akal

gambar hiasan
  1. Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
  2. Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama).
  3. Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
  4. Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
  5. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).
  6. Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).
  7. Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).
  8. Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).
  9. Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).
  10. Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).
  11. Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).
  12. Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).
sumber Link


Blog, Updated at: Monday, February 28, 2011

1 comments:

  1. salam sobat
    kata2 mutiara yang menarik,
    apaagi yang paling akhir, hawa nafsu membawa kesesatan.

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG