Lazada Malaysia

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul

photo kredit ke Link
Kebiasaannya setiap tahun umat islam akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
 
Sedikit tentang hari Maulidur Rasul dari sumber wikipedia
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Pada tahun ini Jawatankuasa  Tetap Perayaan Islam Negeri Sarawak telah menetapkan bahawa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di Bahagian Samarahan.

Acara utama sambutan yang akan diadakan pada  12 Rabiulawal 1432H/15 Februari 2011M adalah Perarakan Dan Perhimpunan yang akan diadakan di Perkarangan Dewan Suarah Bahagian Samarahan Kategori penyertaan adalah seperti berikut :-
Kategori A-Jabatan/ Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun
Kategori B-Firma Swasta/ Syarikat/ Institusi Kewangan
Kategori C-Masjid/ Surau
Kategori D-Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan
Kategori E-Institut Pengajian Tinggi/ Sekolah Menengah
Kategori F-Sekolah Kebangsaan
Kategori G-Kumpulan Hadrah
Kategori H-KHAS (Persatuan/Pertubuhan/Kelab Bukan Islam)


Blog, Updated at: Tuesday, February 15, 2011

1 comments:

  1. dengan peringatan maulid nabi besar Muhammad SAW,hendaknya kita jadikan suri tauladan dalam kehidupan kita beragama,berbangsa dan bernegara

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG