Lazada Malaysia

BN sedia ‘bermain kasar’

Ia akan dilakukan sekiranya pihak pembangkang menggunakan taktik sedemikian, kata Jabu
KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak bersedia untuk ‘bermain kasar’ sekiranya pihak pembangkang menggunakan taktik sedemikian, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.
“Sekiranya orang memilih ia patut berjalan lancar, ia akan berjalan dengan lancar dan dengan penuh penghormatan.

“Tetapi sekiranya orang memilih untuk bermain kasar… ini merupakan Sarawak yang tradisional, kita tahu bagaimana untuk melayan orang dengan cara seperti yang mereka mahukan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan PBB di ibu pejabat parti itu di Jalan Bako di sini, semalam.
Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, majoriti besar yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sejak lima pilihan raya kecil yang lalu merupakan ‘feng-shui’ baik untuk BN negeri dalam berhadapan dengan pembangkang.
Menurutnya, kemenangan BN baru-baru ini di Galas, Batu Sapi, Tenang, Kerdau dan Merlimau ditambah lagi dengan beberapa peletakan jawatan pemimpin-pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi BN suntikan yang menggalakkan.
“Tetapi kita perlu berusaha gigih untuk menang pada pilihan raya negeri akan datang,” katanya.
Dalam isu lain, Jabu memberitahu bahawa BN Negeri akan memutuskan isi kandungan manifesto bagi pilihan raya negeri tidak lama lagi.
Tambahnya, sebuah jawatankuasa sedang mengusahakan manifesto itu dan akan memasukkan isu utama seperti politik pembangunan dengan menfokuskan gelombang kedua pembangunan, khasnya Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Turut dimasukkan ke dalam manifesto itu adalah slogan negara iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Menurut Jabu, PBB kini juga bersedia menghadapi pilihan raya negeri.
“Jentera kami berada dalam keadaan yang membanggakan dan kami sudah bersedia,” katanya.
Sementara itu, Jabu yang juga penyandang kerusi Layar berkata, beliau mengalu-alukan sesiapa yang ingin merebut kerusi itu yang dipegangnya sejak 1974.
“Saya tidak pernah takut dengan mana-mana pembangkang dalam politik. Kita sentiasa mengekalkan keunikan kita dan sebab itulah kita terus teguh,” katanya.

sumber dari Borneo post online


Blog, Updated at: Friday, March 25, 2011

1 comments:

  1. Ak sudah lah...Yang hand dapat hanya blogger bodoh. Dah sah UMNO/BN haram. Mempergunakan blogger bodoh, agama, Quran, Masjid, Hak Melayu, Perkauman, isu kemiskinan, Midia, Polis, Tentera, NEP dan tayik babi untuk melagakan kaum dan memperbodohkan rakyat sementara hang rembat berbilion2 duit rakyat. Memang haram, laknatlah BN/UMNO... Kata nak basmi kemiskinan, dah 52 tahun habuk pun tarak.

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG