Lazada Malaysia

4 larikan diri, 3 berjaya ditahan semula

KUALA TERENGGANU – Empat pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut bertindak nekad melarikan diri dengan mencuri sebuah lori yang datang menghantar bahan mentah di situ sebelum merempuh pondok pengawal untuk meloloskan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, salah seorang daripada suspek yang berumur di antara 25 hingga 32 itu bertindak menghidupkan kenderaan seberat tiga tan itu.
"Ketika kejadian, pemandunya sedang memunggah barangan yang dihantar dan tidak mencabut kunci pada lori tersebut menyebabkan kesempatan itu telah diambil oleh kesemua suspek untuk melarikan diri dengan menaiki kenderaan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, selepas merempuh pondok kawalan, lori yang dinaiki suspek turut merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di luar pusat berkenaan sebelum melarikan diri ke arah Pasir Puteh, Kelantan.
Malah, selepas itu kenderaan tersebut difahamkan turut merempuh sekatan jalan di Bukit Jong, Kelantan sehingga mengakibatkan seorang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian turut cedera di bahagian tangan.
Bagaimanapun kegembiraan kesemua suspek tidak bertahan lama apabila tiga daripada pelatih berkenaan berjaya ditahan polis.
Seorang lagi suspek berjaya melarikan diri dan polis Terengganu dengan kerjasama polis Kelantan kini sedang giat menjalankan operasi mengesan pelatih berkenaan. – Bernama


Blog, Updated at: Thursday, July 07, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG