Lazada Malaysia

Polis Ketatkan Kawalan Demi Keselamatan Orang Ramai

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis terpaksa mengambil langkah memperketatkan kawalan di ibu negara untuk menentukan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan.

"Sekatan jalan raya di tempat-tempat tertentu terpaksa diadakan untuk mengelakkan kumpulan-kumpulan pengacau daripada memasuki bandar raya," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beberapa jalan di sekitar bandar raya dilaporkan ditutup dan dilencongkan mulai pukul 12.01 tengah malam.

Jalan-jalan yang terlibat ialah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy, kawasan sekitar Istana Negara, sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Jalan lain yang terlibat ialah kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdegil meneruskan perhimpunan haram di Stadium Merdeka esok walaupun polis tidak mengeluarkan permit.

Kumpulan itu mendakwa perhimpunan itu bagi mendesak SPR melaksanakan lapan tuntutan mereka bagi memperbaiki perjalanan pilihan raya yang menurut mereka tidak adil dan bersih.

Ismail berkata polis perlu meningkatkan kawalan keselamatan berikutan penemuan senjata baru-baru ini yang menimbulkan kebimbangan bahawa ada pihak yang berniat untuk menimbulkan huru-hara di ibu negara.

"Maklumat juga menunjukkan mereka merancang untuk berdemostrasi dan berarak di beberapa lokasi di dalam bandar raya ini," katanya.

Ismail mendedahkan kumpulan-kumpulan ini turut merancang akan menggunakan masjid-masjid tertentu di sekitar bandar raya untuk berhimpun beramai-ramai.

"Mereka telah bergerak masuk ke KL (Kuala Lumpur) secara persendirian dan kumpulan kecil untuk mengelak dikesan dan ditahan polis," katanya.

Ismail turut menegaskan perintah larangan yang dikeluarkan terhadap 91 orang untuk tidak dibenarkan berada dan berhimpun di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur bukan sahaja untuk mereka sahaja tetapi juga kesemua penyokong mereka.

Beliau berkata walaupun larangan telah dikeluarkan, penganjur perhimpunan haram didapati masih berdegil dan tidak menghiraukan perintah mahkamah dan amaran polis.

-- BERNAMA


Blog, Updated at: Saturday, July 09, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG