Lazada Malaysia

Misteri Selubungi Penemuan 169 Mayat Tidak Dikenali

BANGKOK, 19 Ogos (Bernama) -- Misteri menyelubungi penemuan 169 mayat tidak dikenali yang tertanam di tiga kuil di Rayong, kira-kira 180 kilometer di selatan ibu kota.

Kumpulan Baju Merah khuatir mayat itu mungkin membabitkan 60 penunjuk perasaan mereka yang hilang ketika demonstrasi jalanan tahun lepas, namun polis berkata terlalu awal untuk membuat rumusan kerana siasatan sedang dijalankan.

Yayasan Buddha-Pratip, sebuah pertubuhan bantuan sukarela, mendakwa mayat itu terdiri daripada warga asing, mangsa bencana alam dan mereka yang tidak dikenali serta tidak mempunyai saudara-mara.

Mayat mereka ditemui yayasan berkenaan sejak 10 tahun lepas dan dikebumikan di kawasan terbabit.

Berita selanjutnya di Bernama hari ini!
Sumber: Bernama


Blog, Updated at: Saturday, August 20, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG