Lazada Malaysia

Cabaran vokal tanpa suara


RANCANGAN realiti televisyen terbaharu TV 3, Vokal Bukan Sekadar Rupa dilihat mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan kebanyakan realiti tv nyanyian yang pernah dihasilkan sebelum ini.
Sudah memulakan tirai konsert yang pertama pada 16 Oktober lalu, rancangan tersebut menampilkan 10 peserta yang memiliki kekuatan dari segi vokal berbanding paras rupa.
Untuk konsert sulung yang diadakan di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam, buat permulaan lima orang peserta telah bersaing bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.
Antara yang bersaing seperti Norhasmidar Ahmad (Asmidar), Mafarikha Md. Akhir (Mafa), Muhd. Fakhrullah Mohd. Yusoff (Epiit), Mohd. Janizam Jamaluddin (Boby) dan Azmarul Azuan Harun (Azmarul).
Selain itu, para peserta turut diadili dua orang juri tetap yang akan mengadili para peserta sehingga minggu terakhir iaitu komposer Azmeer dan Erra Fazira serta Datuk Siti Nurhaliza selaku juri jemputan.
Menariknya tentang rancangan tersebut, para peserta terlebih dahulu akan menyanyi di sebalik tirai tanpa dapat dilihat dan ketiga-tiga orang juri akan mengundi sama ada peserta berkenaan layak ataupun tersingkir.
Namun begitu, hanya empat orang peserta yang berjaya pada persembahan minggu pertama dan tuah ternyata tidak menyebelahi Fakhrullah apabila tersingkir lebih awal setelah tidak mendapat undian daripada ketiga-tiga orang juri.
Biarpun tampil dengan persembahan yang mantap ketika menyampaikan lagu berjudul Bila Cinta nyanyian asal Filianti Vlee, ternyata ia belum dapat memikat hati para juri sehingga mereka terpaksa mengundinya keluar. Berita selanjutnya Kosmo


Blog, Updated at: Friday, October 21, 2011

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG