KUCHING, 5 Jan (Bernama) -- Beberapa jalan utama sekitar bandar raya Kuching pagi ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini sekaligus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi Bernama berkata jalan yang terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah.
"Kita juga telah menerima beberapa laporan banjir di kawasan kediaman Desa Wira dan Stapok awal pagi ini dan difahamkan beberapa penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing untuk sementara waktu," katanya.
Katanya setakat ini belum ada laporan diterima berhubung sekolah yang ditutup dan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa.
Menurutnya banjir yang melanda bandar raya Kuching pagi ini dijangka hanya berlaku sementara kerana ketika ini paras air Sungai Sarawak masih lagi pada paras rendah.
-- BERNAMA
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.